Wednesday, December 30, 2009

Gerai Unik DOREMI Yang Hendak Dirobohkan Kerajaan Negeri Pulau Pinang




Baru-baru ini aku berkunjung ke gerai DOREMI di tepi pantai Tanjung Bunga.Aku mendapat tahu bahawa di situ terdapat sebuah gerai kepunyaan usahawan Melayu yang kreatif yang sudah 8 tahun berniaga di situ. Menurut mereka gerai itu hendak dirobohkan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang.Pemilik gerai tersebut,En Johar kesal dengan tindakan kerajaan negeri yang hendak merobohkan gerainya.Ini kerana gerai ini merupakan tempat beliau mencari rezeki bersama anak dan isterinya. Aku ingat bila pakatan rakyat memerintah keadaan akan berubah dan mereka akan membela orang yang susah(Nak ikut Umar Bin Abdul Aziz kononnya) tetapi tindak tanduk kerajaan negeri Pulau Pinang sama sahaja seperti BN sebelum ini.Gerai ini agak unit kerana ia berada di atas pokok seperti yang kita lihat dalam cerita laksamana doremi.Nama gerai ini diambil sempena nama dari filem tersebut.

Baru-baru ini kebetulan Datuk Husam Musa berkunjung ke Pulau Pinang.Ayahku membawa beliau melihat sendiri keadaan gerai itu. Kami berharap agar dia boleh membantu. Di bawah ini aku muatkan gambar-gambar gerai tersebut semasa kunjungan Datuk Husam Musa.