Thursday, September 3, 2009

Tanjung Tokong

Dua hari sudah keluar di dalam berita mengenai Kampung Tanjung Tokong. Penduduk kampung tersebut mahu kampung itu dinobatkan sebagai kampung warisan melayu di Pulau Pinang. Kes Tanjung Tokong lebih kurang sama dengan kes kampung buah pala cuma Tanjung Tokong penduduknya majoritinya melayu. Nampaknya kampung ini akan menjadi mangsa seterusnya selepas kampung buah pala.