Semalam aku,ayah dan rakan-rakan ayahku berkunjung ke kafe doremi di tanjung bunga untuk mengadakan solat hajat.Solat hajat ini bertujuan untuk memohon kepada Allah SWT supaya menyelamatkan kafe ini daripada dirobohkan oleh kerajaan negeri P.Pinang pimpinan DAP.Semoga doa kami dimakbulkan oleh Allah SWT.
Friday, January 1, 2010
Wednesday, December 30, 2009
Gerai Unik DOREMI Yang Hendak Dirobohkan Kerajaan Negeri Pulau Pinang
Baru-baru ini aku berkunjung ke gerai DOREMI di tepi pantai Tanjung Bunga.Aku mendapat tahu bahawa di situ terdapat sebuah gerai kepunyaan usahawan Melayu yang kreatif yang sudah 8 tahun berniaga di situ. Menurut mereka gerai itu hendak dirobohkan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang.Pemilik gerai tersebut,En Johar kesal dengan tindakan kerajaan negeri yang hendak merobohkan gerainya.Ini kerana gerai ini merupakan tempat beliau mencari rezeki bersama anak dan isterinya. Aku ingat bila pakatan rakyat memerintah keadaan akan berubah dan mereka akan membela orang yang susah(Nak ikut Umar Bin Abdul Aziz kononnya) tetapi tindak tanduk kerajaan negeri Pulau Pinang sama sahaja seperti BN sebelum ini.Gerai ini agak unit kerana ia berada di atas pokok seperti yang kita lihat dalam cerita laksamana doremi.Nama gerai ini diambil sempena nama dari filem tersebut.
Baru-baru ini kebetulan Datuk Husam Musa berkunjung ke Pulau Pinang.Ayahku membawa beliau melihat sendiri keadaan gerai itu. Kami berharap agar dia boleh membantu. Di bawah ini aku muatkan gambar-gambar gerai tersebut semasa kunjungan Datuk Husam Musa.
Thursday, September 3, 2009
Tanjung Tokong
Dua hari sudah keluar di dalam berita mengenai Kampung Tanjung Tokong. Penduduk kampung tersebut mahu kampung itu dinobatkan sebagai kampung warisan melayu di Pulau Pinang. Kes Tanjung Tokong lebih kurang sama dengan kes kampung buah pala cuma Tanjung Tokong penduduknya majoritinya melayu. Nampaknya kampung ini akan menjadi mangsa seterusnya selepas kampung buah pala.
Saturday, May 16, 2009
Pekerjaan
Sekarang ini aku sibuk mencari pekerjaan setelah dua minggu menamatkan pengajian ijazah. Kerja dalam bidang aku ni(ICT) memang berlambak kat KL tapi aku nak cari kat Penang dulu sebab kat sini kos hidupnya rendah dan lebih tenteram. Lagipun aku tak berapa suka dengan suasana di KL. Rasanya bulan depan aku dah boleh dapat kerja. Sekarang ni aku dok polish skill aku dalam PHP. Aku nak master dalam language ni pastu aku nak belajar language lain. Haha.Semoga berjaya mendapat pekerjaan.
Subscribe to:
Comments (Atom)
